Sempena Raya Haji, Harga RON97, Diesel Turun 3 Sen

LocalBusiness & Finance
4 Jun 2025 • 6:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Ada berita baik untuk anda sempena Hari Raya Aidiladha 2025.

Ini kerana harga petrol RON97 dan diesel di Semenanjung turun 3 sen bermula esok hingga 11 Jun ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata harga baharu RON97 di Semenanjung adalah RM3.07 seliter manakala harga diesel RM2.74 seliter.

Harga petrol RON95 pula kekal RM2.05 seliter dan harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan juga kekal pada harga RM2.15 seliter.