JPJ Pahang nafi keluar Lesen Pelelong dalam talian

LocalPolitics
17 Dec 2024 • 1:23 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kenyataan akhbar daripada JPJ Pahang disaran di Facebook rasmi jabatan itu pada Selasa.

KUANTAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang menafikan dakwaan bahawa pihaknya mengeluarkan Lesen Pelelong kepada mana-mana individu bagi menguruskan lelongan motosikal secara dalam talian.

Perkara itu dimaklumkan JPJ Pahang menerusi satu kenyataan yang disiarkan laman sosial Facebook rasmi jabatan tersebut pada Selasa.

Menurutnya, pelupusan kenderaan sita JPJ Negeri Pahang adalah melalui kaedah lelongan awam di pejabat JPJ Negeri Pahang tanpa melibatkan mana-mana pihak ketiga.

"Satu laporan polis juga telah dibuat pada Isnin berhubung kejadian itu," katanya.

Sehubungan itu, JPJ Negeri Pahang menasihati mana-mana individu agar berhati- hati dalam urusan pembelian kenderaan, terutamanya pembelian melalui platform secara dalam talian.

"Orang ramai dialu-alukan untuk melaporkan kepada JPJ sebarang tawaran atau dakwaan pihak ketiga berkaitan perkhidmatan JPJ, bagi membolehkan tindakan pembetulan dan pencegahan yang lebih berkesan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved