JPJ Panggil Balik: Honda, Suzuki (Motosikal), Toyota dan Mercedes-Benz

LocalCars
11 Sep 2024 • 2:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membantu pengeluar kenderaan dengan memanggil balik (recall) beberapa model kenderaan yang perlu menjalani pemeriksaan kenderaan.

JPJ berkata, antara jenama yang dipanggil balik ialah, Toyota, Suzuki( motosikal), Mercedes-Benz dan Honda (motosikal).

image is not availableimage is not available

Rujuk carta dibawah:

image is not availableimage is not available

JPJ berkata, aktiviti pemanggilan semula produk ini adalah penting bagi mengelakkan kemalangan berlaku disebabkan oleh kecacatan pada struktur atau peralatan yang ada pada kenderaan tersebut.

“Keselamatan kenderaan juga adalah penting bagi menjamin pemanduan dan keselesaan pemilik semasa dalam perjalanan.

"Sudah pastinya, pemilik tidak mahu memandu kenderaan yang mempunyai masalah teknikal yang berpotensi membahayakan,mengancam nyawa. Untuk kes ini, pengeluar akan membuat pemulihan tanpa sebarang kos kepada pemilik,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasminya.

Sehubungan itu, pemilik-pemilik kenderaan diharapkan beri kerjasama supaya aktiviti Pemanggilan Semula ini dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat ini.