Mercedes, Kia dan Hyundai Dedah Pembekal Bateri Selepas Insiden EV Terbakar Di Korea

TechnologyDigitalCars
13 Aug 2024 • 4:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Mercedes, Kia dan Hyundai telah mendedahkan pembekal nama bateri yang digunakan pada kenderaan elektrik (EV) keluaran mereka minggu ini. Pendedahan dilakukan selepas insiden sebuah Mercedes-Benz EQE 350 terbakar di Korea Selatan pada 1 Ogos lalu yang menyebabkan 880 kenderaan mengalami kerosakan dengan 40 daripadanya terbakar sepenuhnya.

Kebakaran turut menyebabkan 23 individu mengalami kecederaan serta 500 penduduk apartment tidak dapat kembali ke kediaman kerana gangguan bekalan elektrik. Kereta terbakar secara tiba-tiba di parkir apartmen dan pada ketika itu tidak dicas.

image is not available

Mercedes mendedahkan bateri Farasis Energy digunakan pada EQE yang terbakar. Selain itu bateri LG Energy Solution, SK On dan CATL juga digunakan oleh Mercedes. Pembekal terpaksa didedahkan selepas dikenakan oleh warga Korea Selatan yang risau mengenai bater yang digunakan pada EV yang dibeli oleh mereka.

Bagi menjamin keselamatan pelanggan, Mercedes Korea memberikan pemeriksaan bateri percuma dan mendermakan 4.5 bilion won (~RM 112,003,597) kepada penduduk yang terkesan oleh kebakaran yang berlaku.

Hyundai pula menyenaraikan pembekal bateri untuk 13 model EV mereka ialah LG Energy Solution dan SK On dengan hanya Kona menggunakan bateri CATL. Kia akan mengumumkan senarai pembekal bateri mereka minggu ini.