JPJ Sita 11 Kenderaan Mewah Termasuk Lamborghini Huracan Bernilai RM1 Juta

LocalCars
7 Sep 2026 • 9:30 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

JPJ Sita 11 Kenderaan Mewah Termasuk Lamborghini Huracan Bernilai RM1 Juta

GEORGE TOWN, 7 Sept (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang menyita 11 kenderaan mewah termasuk sebuah Lamborghini Huracan yang dianggarkan bernilai lebih RM1 juta dalam Operasi Luxury yang dijalankan di beberapa lokasi di negeri itu, pada 3 Sept lepas.

JPJ Pulau Pinang memaklumkan kesemua kenderaan itu disita selepas didapati melakukan kesalahan membabitkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang telah tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans yang sah, yang telah mengakibatkan kerugian hasil kerajaan melebihi RM20,000 akibat kegagalan memperbaharui cukai jalan.

"Antara yang mencuri tumpuan dalam sitaan tersebut ialah sebuah ‘supercar’ Lamborghini Huracan yang dianggarkan bernilai lebih RM1 juta dan hasil pemeriksaan mendapati kenderaan berkuasa tinggi itu dipandu dengan LKM yang telah tamat tempoh sejak Jun lepas.

"Nilai LKM tahunan bagi kenderaan mewah berspesifikasi tinggi seperti Lamborghini itu boleh mencecah RM12,000," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik dalam hantaran Facebook hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan nilai atau status sesebuah kenderaan bukan tiket untuk pemiliknya melanggar peraturan, malah tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan dilaksanakan secara telus tanpa kompromi termasuk pemilik kenderaan mewah.

Baca juga:

JPJ Pulau Pinang turut mengingatkan semua pemilik kenderaan, khususnya golongan berkemampuan yang memiliki kenderaan mewah supaya tidak mengambil mudah kewajipan memperbaharui LKM dan memastikan perlindungan insurans sentiasa sah.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved