JPJ Tahu Modus Operandi Motosikal Roda Tiga

LocalPolitics
15 Sep 2026 • 5:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

JPJ Tahu Modus Operandi Motosikal Roda Tiga

image.png

Terus sita jika jumpa motosikal roda tiga.

Itu kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli Terhadap warga asing yang memandu mahupun menunggang kenderaan tanpa dokumen pemanduan sah.

Pihaknya sentiasa konsisten menjalankan operasi berkala bagi mengekang lambakan golongan terbabit daripada terus melanggar undang-undang negara.

Tindakan Tegas Menanti Pemilik Kenderaanimage.png

Arahan khusus telah dikeluarkan kepada Bahagian Penguat Kuasa JPJ untuk memperhebatkan usaha membanteras pemandu warga asing tanpa dokumen di semua laluan utama.

"Tindakan yang akan diambil tidak hanya terhad kepada pemandu terbabit, tetapi juga terhadap pemilik kenderaan yang membenarkan kenderaan mereka digunakan warga asing," katanya.

 Fokus Terhadap Modus Operandi Motosikal Roda Tiga

Mengulas mengenai penggunaan motosikal roda tiga yang sering dikaitkan dengan warga asing, JPJ memaklumkan pihaknya amat maklum dengan modus operandi tersebut.

Walaupun jumlahnya tidak terlalu besar di Malaysia, pihak JPJ tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan menyita serta-merta kenderaan terbabit sebaik sahaja ia dikesan di atas jalan raya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved