“JPJ tak kacau kalau motor ‘standard'”- Kecoh Isu JPJ Sita Motor Peserta Himpunan RX-Z Member

Cars
10 Sep 2023 • 4:25 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Minggu ini kecoh di sosial media mengenai himpunan RX-Z Member 5.0 tidak seindah dijangkakan apabila peserta dikatakan terjerat dalam ‘pukat’ Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Rata-rata peminat jentera dua roda meluahkan rasa kecewa mereka kerana niat mereka untuk berada di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak tidak kesampaian.

Ada yang datang pelusuk negeri terpaksa ‘menikus’ di homestay kerana takut motorsikal mereka disita dalam operasi yang dilakukan pihak berkuasa.

Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin berkata, tidak timbul isu pukat-memukat sempena Himpunan RX-Z Member 5.0 yang berlangsung di litar terbabit.

image is not available
Kredit gambar: harian metro

“Sekiranya mereka (peserta RX-Z Member 5.0) datang dalam keadaan standard (asal) kita tidak kacau tetapi mereka (segelintir) datang dengan memperlihatkan seolah-olah mencabar undang-undang,” katanya.

Sebanyak 126 motosikal disita JPJ atas pelbagai kesalahan sepanjang sembilan hari Operasi Khas Motosikal (OKM) dijalankan.

Menurutnya, motosikal yang disita melakukan pelbagai kesalahan modifikasi ke atas kenderaan.

“Terlalu ekstrim, dengan ekzos bising (paip), nombor plat (kecil) atau langsung tiada,” katanya pada sidang media di Pejabat JPJ, negeri,” katanya.

Segelintar peserta dipercayai turut menggunakan jalan tikus bagi mengelak sekatan jalan, ada juga yang meminta bantuan penduduk kampung mencari laluan alternatif ke himpunan itu.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.