JPJ, TNG Bekerjasama, Mudahkan Orang Singapura Mohon RFID VEP

LocalCars
23 Sep 2024 • 10:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjalinkan kerjasama dengan Touch ‘n Go (TNG) bagi memudahkan permohonan tag Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) Permit Kemasukan Kenderaan Asing (VEP).

Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata permohononan itu kini boleh dilakukan menerusi aplikasi TNG eWallet pada menu ‘VEP JPJ’.

Bagaimanapun, pemilik kenderaan yang merupakan pengguna aplikasi TNG eWallet Singapura perlu mengemas kini aplikasi TNG eWallet kepada versi yang terkini iaitu iOS versi 1.8.37, Android versi 1.8.35.1 dan Huawei versi 1.8.35.1.

“Pihak TNG turut menyediakan pemudah cara yang akan membantu pemilik kenderaan Singapura mengemas kini maklumat yang berkaitan TNG eWallet.

image is not available

“Pemudah cara ini akan ditempatkan di lokasi yang ditetapkan di dua lokasi tambahan bagi pendaftaran tag itu di Johor iaitu JPJ di Taman Daya dan Akademi Pengangkutan Jalan Wilayah Selatan di Larkin bermula 23 Sept ini,” katanya.

Seperi sedia makluman, Kementerian Pengangkutanmenerusi JPJ bakal melaksanakan penguatkuasaaan VEP di sempadan darat Malaysia-Singapura bermula 1 Oktober ini.

Untuk maklumat lanjut, layari www.touchngo.com.my.