Kaunter JPJ Kurang Dibuka, Pengarah, Ketua Cawangan JPJ Kena Tindakan

LocalPolitics
13 Sep 2024 • 9:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Tindakan tegas akan diambil jika kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kurang dibuka!

Itu kata Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli dengan menyifatkan Pengarah dan Ketua Cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara akan dikenakan tindakan jika membiarkan kaunter hadapan kurang dibuka.

“JPJ sebagai jabatan kerajaan yang sudah berusia 78 tahun ini sepatutnya telah matang dan mengetahui apa yang diperlukan orang awam.

“Justeru, mana-mana Pengarah JPJ negeri dan ketua cawangan yang tidak menjalankan pengurusan kaunter itu dengan baik, mereka akan dikenakan tindakan,” katanya.

image is not available

Sebelum ini, JPJ dikatakan akan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan di kaunter bertujuan mengurangkan kesesakan pelanggan dan masa menunggu yang lama.

Antara penambahbaikan yang dilaksanakan adalah penyediaan pegawai pemudah cara atau JPJ Assist bagi membantu pelanggan melakukan urus niaga yang boleh dibuat secara dalam talian.

Sehubungan itu, JPJ turut menggalakkan pelanggan bagi memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM), secara dalam talian melalui aplikasi MyJPJ serta portal MySIKAP.