JPN Kedah Siasat Isu Pempengaruh Rasmi Majlis Anugerah Akademik Di Sekolah

LocalPolitics
9 Dec 2025 • 4:20 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah tampil memberi penjelasan selepas tular tindakan sebuah sekolah menjemput seorang pempengaruh media sosial untuk merasmikan majlis anugerah akademik, baru-baru ini.

Pempengaruh rasmikan majlis anugerah akademik di sekolah

Memetik laporan daripada Kosmo! jabatan tersebut menyatakan, perkara terbabit dipandang serius dan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau pentadbir sekolah yang bertindak di luar garis panduan.

“JPN Kedah memandang serius isu jemputan seorang pempengaruh media sosial merasmikan majlis anugerah akademik di sebuah sekolah di negeri ini.
“Siasatan sedang dijalankan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati tidak mematuhi peraturan yang sedang berkuat kuasa,” katanya.

image is not available

Pempengaruh rasmi majlis anugerah akademik

Dalam masa sama, JPN negeri turut mengingatkan semua pentadbir sekolah agar lebih berhati-hati dalam menjemput pihak luar bagi memastikan setiap tetamu membawa imej yang baik.

“Tetamu yang dijemput perlu menjadi contoh yang baik selari dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara,” tambahnya.

image is not available

Artikel lain: Anggap Neelofa ‘Orang Suci’, Pempengaruh Mohon Maaf Selepas Kena Kecam

Sebelum ini, tular di media sosial apabila seorang pempengaruh hadir ke sebuah majlis akademik di sebuah sekolah di Kedah sehingga menghadirkan pelbagai komen serta persoalan kepada netizen.

image is not available

Difahamkan, pempengaruh tersebut telah menjadi perasmi bagi majlis anugerah akademik di sekolah berkenaan walaupun menyedari dirinya bukanlah orang kenamaan ataupun ‘Yang berhormat’

Sumber: Kosmo! (Jamliah Abdullah)

The post JPN Kedah Siasat Isu Pempengaruh Rasmi Majlis Anugerah Akademik Di Sekolah appeared first on Borak Daily.