JPN : Penyedia Perkhidmatan eKYC Sedang Mengemaskini Sistem Untuk Menyokong MyKad Generasi Baharu

LocalTechnology
22 Sep 2026 • 11:31 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

JPN : Penyedia Perkhidmatan eKYC Sedang Mengemaskini Sistem Untuk Menyokong MyKad Generasi Baharu

Lanjutan daripada laporan sebelum ini, kini pihak JPN mengeluarkan kenyataan rasmi, menyatakan mereka telah mengadakan sesi libat urus dengan penyedia perkhidmatan eKYC dan agensi berkaitan, dan menyatakan penyedia perkhidmatan eKYC sedang mengemaskini sistem untuk menyokong MyKad generasi baharu.

Image from: JPN : Penyedia Perkhidmatan eKYC Sedang Mengemaskini Sistem Untuk Menyokong MyKad Generasi Baharu

Malaysia telah memperkenalkan MyKad generasi baharu sejak seminggu lepas, yang membawakan rekaan baharu bersama sejumlah ciri yang ditambah-baik. Namun, beberapa sistem eKYC yang digunakan aplikasi mudah-alih dan perkhidmatan kewangan masih tidak dikemaskini untuk menyokong perubahan baharu ini.

JPN menyatakan mereka telah menyediakan maklumat yang diperlukan dan sedang memantau pelaksanaan kemaskini dalam usaha mempercepatkan proses penyesuaian sistem. JPN turut mengalakkan pengguna untuk merujuk kepada institusi atau penyedia perkhidmatan berkenaan untuk kaedah pengesahan alternatif sementara pihak mereka melaksanakan kemaskini sistem masing-masing.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved