JPN Tawar Tukar MyKad Rosak Secara Percuma

24 Sep 2025 • 5:18 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

JPN Tawar Penukaran MyKad Rosak Secara Percuma, 23 Sept – 7 Okt 2025

Ramai dalam kalangan rakyat Malaysia mungkin tidak menyedari bahawa MyKad bukan sekadar kad pengenalan biasa tetapi juga menjadi kunci utama untuk mengakses pelbagai kemudahan kerajaan.

Ini termasuklah subsidi yang disalurkan melalui sistem BUDI95. Namun begitu, terdapat segelintir pengguna yang berdepan dengan masalah apabila cip MyKad mereka rosak. Sekali gus menyukarkan transaksi di mesin atau kaunter tertentu.

Menyedari isu ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan inisiatif penukaran MyKad percuma yang berlangsung mulai 23 September hingga 7 Oktober 2025 di semua pejabat serta kaunter JPN seluruh negara.

Inisiatif ini memberikan peluang kepada pemilik MyKad yang menghadapi masalah cip rosak untuk menukarnya secara percuma tanpa dikenakan sebarang caj.

Langkah ini bukan sahaja mengurangkan beban kewangan rakyat malah memastikan setiap individu yang layak tidak terlepas daripada menerima manfaat kerajaan khususnya subsidi petrol RON95 melalui program BUDI95.

Dengan adanya kemudahan ini, rakyat dapat meneruskan kehidupan harian tanpa perlu risau tentang halangan teknikal semata-mata kerana kad pengenalan tidak dapat berfungsi dengan baik.

  • Syarat dan kelayakan penukaran MyKad secara percuma
  • Hanya untuk MyKad dengan cip rosak- Tawaran ini khusus bagi mereka yang mengalami masalah pada cip sama ada kad tidak dapat dibaca mesin atau gagal disahkan.
  • Bukan untuk kes hilang atau rosak fizikal- Jika MyKad hilang, patah, retak atau rosak pada bahagian fizikal kad, bayaran biasa masih akan dikenakan.
  • Kad asal perlu dibawa ke JPN- Pemohon wajib membawa MyKad yang bermasalah untuk pemeriksaan pegawai JPN sebelum penukaran dilakukan.

Proses penukaran MyKad

  • Hadir ke mana-mana pejabat atau kaunter JPN di seluruh Malaysia sepanjang tempoh 23 September – 7 Oktober 2025.
  • Serahkan MyKad sedia ada yang bermasalah untuk pemeriksaan.
  • Pegawai JPN akan menyemak keadaan cip dan mengesahkan kelayakan penukaran percuma.
  • Jika layak, proses penggantian MyKad baharu akan dilakukan tanpa sebarang caj.
  • Pemohon akan dimaklumkan mengenai tarikh pengambilan kad baharu setelah ia siap dicetak.

Selain memudahkan akses subsidi, inisiatif ini juga mencerminkan komitmen kerajaan dalam menambah baik kualiti perkhidmatan kepada rakyat.

JPN sedar bahawa kerosakan pada cip MyKad boleh berlaku tanpa diduga. Ianya sama ada akibat penggunaan jangka panjang, masalah teknikal atau faktor luaran.

Dengan menawarkan penggantian percuma, ia secara tidak langsung membantu rakyat mengelakkan kelewatan ketika berurusan di kaunter rasmi atau mesin automatik yang memerlukan pengesahan MyKad.

Secara keseluruhannya, program penukaran MyKad percuma ini merupakan langkah yang tepat pada masanya.

Ia bukan sahaja menyelesaikan masalah teknikal yang mungkin menjejaskan kelayakan rakyat terhadap subsidi, malah memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan JPN.

Bagi sesiapa yang mengetahui cip MyKad mereka bermasalah, jangan lepaskan peluang ini. Tempoh hanya berjalan antara 23 September hingga 7 Oktober 2025, jadi pastikan anda bertindak segera sebelum ia berakhir.

Sumber : JPN Malaysia