JPS ramal banjir di Kelantan, Terengganu bermula esok

18 Nov 2025 • 7:31 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 18 NOV: Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) meramalkan kemungkinan berlakunya banjir di beberapa jajahan di Kelantan dan daerah di Terengganu bermula esok.

Dalam kenyataan di Facebook, JPS memaklumkan ramalan itu susulan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia.

Berdasarkan infografik Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), kawasan berisiko dikenal pasti mengikut lembangan sungai utama di dua negeri berkenaan.

Di Kelantan, ramalan banjir melibatkan jajahan:

  • Kuala Krai

  • Jeli

  • Bachok

  • Machang

  • Pasir Puteh

  • Tumpat

  • Pasir Mas

  • Kota Bharu

  • Tanah Merah

  • Di Terengganu, ramalan banjir melibatkan jajahan:

    • Besut

  • Setiu

  • Kuala Nerus

  • Kuala Terengganu

  • Hulu Terengganu

  • Marang

  • JPS memaklumkan pihaknya akan meneruskan pemantauan dan mengemas kini hebahan sekiranya hujan signifikan berterusan di lembangan sungai terbabit.

    Agensi pengurusan bencana serta penduduk di kawasan berisiko diminta bersedia, berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa.

    Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui portal infobanjir: http://publicinfobanjir.water.gov.my