JPS Ramal Banjir Di Rompin Pada Khamis

20 Dec 2022 • 5:12 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

KUANTAN, 20 Dis (Bernama) — Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan kemungkinan berlakunya banjir di dua lokasi di Rompin mulai 6 petang, Khamis ini.

JPS dalam kenyataan hari ini berkata lokasi yang diramal banjir ialah Kampung Buluh Nipis dan Felda Selancar serta kawasan sekitarnya.

Ramalan itu adalah berdasarkan amaran hujan berterusan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia pada hari ini, dan hasil simulasi model ramalan banjir.

“Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan.

“Amaran ini dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan dijangka banjir berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi pengurusan bencana banjir,” menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir.

Sumber: BERNAMA