JPVPP Siasat Dakwaan 10 Bangkai Kucing Dalam Plastik Hitam

9 Feb 2025 • 5:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang (JPVPP) menyiasat laporan berhubung dakwaan penemuan 10 bangkai kucing yang dibungkus dalam plastik hitam di tempat pembuangan sampah di Jelutong, George Town.

 

Pengarah JPVPP, Dr Saira Banu Mohamed Rejab berkata, pihaknya telah ke lokasi kejadian namun tidak menemukan sebarang bangkai kucing seperti dilaporkan.

 

"Pihak polis merujuk kes itu kepada JPVPP pagi semalam (Jumaat) dan pihak kami terus ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan namun tiada bangkai kucing ditemukan di situ.

 

"Oleh itu, kami tidak boleh menjalankan bedah siasat untuk menentukan punca kematian namun siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

 

Semalam, media melaporkan bahawa polis menerima laporan daripada lelaki tempatan berusia 49 tahun berhubung dakwaan penemuan bangkai kucing dalam plastik hitam di tempat pembuangan sampah di Jelutong dan disyaki dibunuh.

 

Terdahulu, tular satu video berdurasi 29 saat memaparkan seorang individu merakam video dipercayai lebih 10 ekor kucing dalam bungkusan plastik hitam yang dibuang ke dalam tong sampah besar di tepi jalan.

 

Sumber - Bernama (menerusi AWANI)

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved