JS-SEZ inisiatif unik promosi Malaysia dan Singapura - PM

7 Jan 2025 • 4:03 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PUTRAJAYA: Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) merupakan inisiatif unik apabila dua negara bekerjasama sebagai satu pasukan untuk membantu mempromosikan kedua-dua negara dan menarik pelaburan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata Malaysia dan Singapura ditadbir oleh pentadbiran yang stabil dari segi politik dengan dasar ekonomi yang jelas bertujuan menarik pelaburan.

Beliau berkata kedua-dua kerajaan memilih dengan teliti dalam memastikan pelaburan sejajar dengan permintaan dan keutamaan masa depan.

Anwar berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong sempena lawatan rasmi Wong selama dua hari ke Malaysia yang bermula semalam.