JSJ Bukit Aman Ambil Alih Siasatan Kes Zara Qairina – PDRM Tegaskan Komitmen Telus dan Profesional

LocalPolitics
11 Aug 2025 • 7:57 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kes kematian tragis pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, kini berada di bawah siasatan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, memetik Malaysia Gazette.

Menurut kenyataan Pejabat Urus Setia Ketua Polis Negara, pasukan khas yang terdiri daripada sembilan pegawai dan anggota telah dihantar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah untuk menyiasat kes ini dengan lebih mendalam.

image is not available

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan bahawa mereka memandang serius setiap kes kehilangan nyawa dan berkomitmen untuk menjalankan siasatan secara telus dan menyeluruh.

Dalam kenyataan tersebut, PDRM juga meminta semua pihak memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara profesional dan mengelakkan sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan.

Zara Qairina, 13, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Datu Mustapha, Papar pada 4 pagi, 16 Julai lalu. Malangnya, beliau disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai.

Selain itu, kami kongsikana rtikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-08-11 16:02:37

Dibedah Siasat Oleh Doktor Lelaki, Individu Persoal Aurat Arwah Zara - "Hukum Gapo Aurat Si Mati.."