Ju Jihoon Dilamar Berlakon Drama Romantik ‘Love On A Single Tree Bridge’

24 Jan 2024 • 10:06 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Lama kan tak nampak Ju Ji-hoon berlakon drama romantik?

Menurut laporan media, pelakon lelaki itu bakal membawa watak romantik selepas 18 tahun menerusi drama “Love On A Single Tree Bridge”.

Ia mengisahkan kisah cinta satu pasangan yang penuh ghairah pada zaman sekolah, tetapi harus berpisah dengan pahitnya akibat tentangan dalam keluarga dan takdir berbelit. Pun begitu, mereka kembali bertemu selepas 15 tahun dek takdir yang tak diduga.

image is not available

Ju Ji-hoon dilamar membawa watak sebagai Seok Ji-won,pengarah eksekutif Seok Dong Construction. Dia jatuh cinta dengan teman sekelasnya Yoon Ji-won pada usia lapan belas tahun, namun berpisah karena satu salah faham. Bertahun-tahun kemudian, setelah dilantik menjadi Pengerusi di Dongmok High School, dia bertemu kembali dengan bekas kekasihnya itu.

Nantikan sekiranya Ju Ji-hoon menerima drama ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.