#JUADAH Ini Resepi Mudah Popia Crabstick Cheese, Guna Tiga Bahan Sahaja!

Cooking
24 Mar 2023 • 1:34 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Selalu kita nampak dekat bazaar Ramadan pelbagai jenis kuih yang dijual bukan? Ha, apa kata kali ini kita cuba kuih popia sebagai makanan waktu berbuka puasa.

Tapi, kita tak nak buat popia yang biasa-biasa. Oh! Media kali ini akan kongsi resepi Popia Crabstick Cheese hasil perkongsian Mill Anwar. Jom, kita cuba!

Resepi Popia Crabstick Cheese

Bahan-bahan:

  1. Kulit popia
  2. Isi ketam (Crabstick)
  3. Keju Mozarella

Cara membuat:

  1. Letakkan satu kulit popia di permukaan yang rata.
  2. Letakkan isi ketam atau crabstick di atas kulit popia.
  3. Masukkan juga keju Mozarella di atas kulit popia bersebelahan isi ketam.
  4. Lipat dan gulung kulit popia tersebut bersama inti di dalam. Gamkan ia dengan menggunakan air supaya tidak tertanggal.
  5. Goreng dengan minyak panas sehingga warna keperang-perangan.
  6. Tutup api dan angkat popia yang telah masak untuk dihidang.

Mudah sahaja bukan? Selamat mencuba!

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media