Jual Baju Terpakai, Peminat Bangga Lisa BP Derma Semua Hasil Untuk Penduduk Di Gaza

WorldEntertainment
30 Jun 2025 • 10:49 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Baru-baru ini, Lisa BLACKPINK telah menganjurkan acara “Welcome to Lisa’s Closet”, di mana dia menjual pakaian dan barangan terpakainya menerusi pasar lambak yang diadakan di Seoul.

Apa yang lebih bermakna, semua hasil yang diterima akan disalurkan ke The Good Neighbors Foundation, iaitu organisasi yang komited dalam memberi bantuan dan sokongan kepada mereka yang kehilangan tempat tinggal dan kurang upaya di Gaza.

Ini sekaligus mencerminkan keperibadian Lisa, yang sentiasa berusaha untuk menjadikan dunia tempat yang lebih baik untuk semua orang.

Tambahan pula, ini bukan kali pertama penyanyi itu berbuat sedemikian kerana sebelum ini Lisa pernah membuat persembahan di ‘Global Citizen Festival’, yang bertujuan memberi kesedaran dan mengumpul dana untuk isu global, termasuklah buat pendidikan anak-anak di Gaza dan Palestin.

Komen netizen berbangga dengan Lisa,

  • Lisa antara idola yang paling banyak saya nampak suka menderma.
  • Saya minat orang yang betul!
  • Makin sayang Lisa.

Idola sebenar!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.