Semua Hasil Akan Diderma, Lisa BP Buka Pasar Lambak Untuk Jual Pakaian & Barangan Terpakai

EntertainmentLifestyle
25 Jun 2025 • 4:14 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Bukan sahaja seorang selebriti berbakat, Lisa BLACKPINK juga disayangi ramai kerana peribadinya yang baik.

Terbaru, agensi LLOUD berkongsi bahawa Lisa akan menjual pakaian dan barangan terpakainya menerusi pasar lambak, yang akan diadakan di Yongsan-gu, Seoul.

Melihat poster yang dikongsi, acara itu akan berlangsung pada 29 Jun nanti dan kemasukan adalah berdasarkan ‘siapa cepat, dia cepat’ mengikut masa tempahan.

Selain itu, semua hasil yang diterima juga akan disalurkan kepada kebajikan, menjadikan pembelian anda lebih bermakna.

Dapatkan info lanjut menerusi media sosial rasmi LLOUD!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.