‘Jual cerita sedih? Lepas ni, saya nyanyi lagu unsur binatang’

Entertainment
7 Sep 2026 • 10:35 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Jual cerita sedih? Lepas ni, saya nyanyi lagu unsur binatang’

PETALING JAYA – Pelakon Amyza Aznan terkilan apabila terdapat segelintir individu menuduhnya sengaja meraih simpati menerusi lagu berunsur ketuhanan yang dipersembahkan pada konsert minggu ketiga Kilauan Emas Selebriti 2026 (KES26), baru-baru ini.

Menurut Amyza, 50, pemilihan lagu tersebut mempunyai mesej ketuhanan yang ingin disampaikan kepada penonton.

“Hadam lirik yang berunsur ketuhanan. Kisah seorang pendosa, anak soleh dan anak derhaka.

“Cakap di mana yang menjual cerita sedih?

“Ada tak lirik ni cakap suami sakit? Anak mati atau sakit?” katanya dalam satu hantaran Threads.

Dalam masa sama, dia juga menyelar segelintir pihak yang berpendapat dirinya hanya perlu duduk di rumah dan memberi fokus kepada keluarga sahaja.

“Selepas ini saya nyanyi lagu berunsur binatanglah. Okey kan?

“Nyanyi lagu ketuhanan kata raih simpati. Nyanyi lagu rancak cakap pula kita bersuka ria,” jelasnya.

Tegas Amyza, semua permintaan tersebut tidak mampu untuk menyara keluarganya terutama dia kini berjuang dalam segala hal.

“Suruh pula duduk rumah jaga anak. Duduk hospital jaga suami.

“Bila bil sampai, kena beritahulah kepada tuan rumah, syarikat elektrik, bil telefon, bil air — tak boleh bayar sebab jaga suami dan anak. Begitu ya?” sindirnya.

Dia sebelum ini pernah meminta orang ramai tidak mengecam keputusannya untuk menyertai KES26 beberapa bulan selepas pemergian anak sulungnya, Allahyarham Andre Mikhail pada Februari lalu akibat kanser paru-paru.

Sementara, anak keduanya, Adrian Adam, 18, kini bertarung dengan kanser tulang dan suaminya, Khairil Izhar pula ketika ini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) susulan paru-paru berair serta tekanan darah tinggi.

Amyza berkata, penyertaan tersebut adalah keputusan sendiri dan merupakan caranya untuk mengalihkan diri daripada terus dihantui rasa sedih dengan pelbagai dugaan yang dilaluinya.

Selain Amyza, KES26 turut disertai sembilan lagi selebriti lain iaitu Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Datuk Jalaludin Hassan, Zila Bakarin, Mubarak Majid, Rashdan Baba, Fazlina Ahmad Daud, Kathy Azian dan Maria Tunku Sabri. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Jual cerita sedih? Lepas ni, saya nyanyi lagu unsur binatang’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved