Jual Keychain, Baju & Pelekat ‘Justice For Zara’, Peniaga Bersuara Lepas Didakwa Ambil Kesempatan – “RM2.50 Saja, Harga Modal..”

LocalBusiness & Finance
12 Aug 2025 • 3:18 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tindakan seorang individu menghasilkan serta menjual keychain, baju dan pelekat ‘Justice For Zara’ telah mengundang rasa kurang senang daripada kalangan warganet.

Didakwa ambil kesempatan dengan kes kematian Zara

Dapat dilihat melalui platform TikTok, seorang pengguna telah menegur peniaga tersebut kerana seakan-akan mengambil kesempatan dan persoalkan jika dia sudah mendapatkan keizinan waris Allahyarham Zara Qairina.

Benda macam ni pun boleh ambil kesempatan untuk berniaga. Pandai buat duit untuk Zara.

Tidak mendiamkan diri, peniaga tersebut tampil menjelaskan dirinya sudah pun mendapatkan kebenaran daripada ibu arwah Zara iaitu Noraidah Lamat.

Mula-mula edar secara percuma tapi..

Pada mulanya, dia mengedarkan keychain tersebut diedarkan secara percuma semasa himpunan solidariti Zara di Beaufort, Sabah yang dijadualkan pada 16 Ogos nanti.

Kemudian kawan-kawan yang jauh mahu juga, sanggup beli. Jadi aku jual harga seadanya. RM2.50 saja ku jual. Harga modal saja. Lillahitaala tiada niat ambil kesempatan atau ambil untung.

image is not available

image is not available 2025-08-12 09:47:10

"Tanpa Pilih Kasih" - Tun Musa Aman Arah Siasatan Menyeluruh Kes Kematian Zara