Jual lembu buat modal kos haji, semangat nenek berusia 103 tahun ini menabung 10 tahun buat netizen kagum

2 May 2025 • 12:00 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

WALAUPUN usianya sudah lebih satu abad, tapi semangat nenek dari Indonesia ini tak pernah padam.

Impian Suminah, jemaah haji paling tua dari wilayah Jawa Tengah untuk menunaikan haji akhirnya dimakbulkan ALLAH selepas menabung selama 10 tahun.

Lapor Kompas.com, wanita yang berusia 103 tahun itu pergi ke Tanah Suci sendirian tanpa ditemani ahli keluarga.

image is not available

Lagi membuatkan ramai kagum, warga emas itu masih gagah berjalan tanpa sebarang bantuan kerusi roda atau pun tongkat.

Nak dijadikan cerita, beliau yang sudah kematian suami itu hanya ditemani grup rombongan haji yang sudah ditetapkan pihak pengurusan.

image is not available

Sanggup jual seekor lembu yang diternak pada tahun 2015 untuk mendaftar haji sebelum menyimpan duit selama 10 tahun.

Cerita Suminah, beliau meluahkan rasa syukur kerana akhirnya dapat juga menunaikan haji selepas menunggu sekian lama.

image is not available

“Seronok sangat boleh berangkat haji. Dulu menjual satu lembu untuk daftar haji tahun 2015. Yang daftarkan dulu ya anak-anak,” ceritanya.

Rahsia umur panjang

Meskipun sudah lanjut usia, namun Suminah masih aktif melakukan rutin harian yang menjadi rahsia umur panjang.

image is not available

image is not available

Tanpa persiapan khas untuk haji, tapi aktiviti harian beliau sudah cukup jadi latihan.

Mana tidaknya, selepas usai solat Subuh, beliau akan berjalan-jalan untuk mengambil udara segar, beri makan lembu dan menyapu halaman rumah.

image is not available

Boleh jadi, amalan solat tahajud dan dhuha juga antara resipi fizikal dan mental kekal kuat selain ubat penenang hati.

Artikel penuh: https://sinarplus.sinarharian.com.my/selebriti-hiburan/hiburan-lokal/sebak-que-haidar-afdlin-shauki-berdamai-peluk-tangisan-akhiri-sengketa-lebih-sedekad

“Sekarang, ya cuma bagi makan lembu dan sapu sikit-sikit kawasan rumah. Kalau dulu ya pernah ke sawah tapi sudah tak larat lagi,” katanya.

image is not available

Hebat nenek ini, kan? Impian jadi pencetus semangat untuk tunaikan haji di Mekah walaupun ambil masa bertahun-tahun.

Buat kalian yang mempunyai impian sama, jangan putus asa!

image is not available

Insya-ALLAH giliran akan tiba nanti. Paling penting, siapkan diri dari segi mental dan fizikal ya!