Jual Mi Wantan Di KL, Pasangan Myanmar Berjaya Raih Pendapatan Lima Angka & Hantar Anak Di ‘International School’

LocalBusiness & Finance
3 Jan 2025 • 11:59 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan WeirdKaya, seorang individu telah berkongsikan kisah satu pasangan berasal dari Myanmar berjaya meraih pendapat lima angka susulan berniaga di Kuala Lumpur.

Hantar anak sekolah antarabangsa, sewa rumah RM1700, sewa kedai RM1600

Ramai yang meluahkan rasa terkejut apabila pasangan Myanmar itu berjaya meraih ribuan ringgit dan mampu hantar anak mereka ke sekolah antarabangsa di Segambut, di mana yuran mencecah sebanyak RM1,550 sebulan.

image is not available

Bukan itu saja, malah pasangan itu kini menyewa sebuah unit apartment yang bernilai RM1,700 sebulan dan perlu membayar sebanyak RM1,600 untuk sewa kedai mi wantan mereka yang beroperasi selama enam hari seminggu.

Pasangan Myanmar jual mi wantan raih pendapatan 5 angka

Sewaktu individu terbabit bertanya pendapatan yang sudah diraih oleh pasangan Myanmar tersebut dengan menjual mi wantan, mereka hanya memberi respon sudah mencecah sebanyak lima angka.

image is not available

Disebabkan teruja dengan perkongsian pasangan terbabit, individu itu mengajak rakyat Malaysia menjadikan ia sebagai contoh untuk bekerja keras.

Saya harap semua orang akan terus melakukan yang terbaik. Jika pekerja asing mampu melakukannya, kami juga boleh!

image is not available 2 months ago

"Malaysia Akan Terus Dibanjiri.." - Lebih 100,000 Pelarian Rohingya Menuju Masuk Ke Malaysia Disember Ini