“Jual RM10, macam makan sup kosong” – Wanita Hampa Peniaga Jual Laksa ‘Ceroi’ Tak Setanding Harga

Entertainment
13 Feb 2024 • 5:40 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ada kalanya perkara yang ditularkan di media sosial bukanlah mahu menutup periuk nasi peniaga. Tapi, jika dihidangkan makanan yang tidak setanding harga, siapa yang tak mengamuk kan?

Seperti perkongsian seorang pengguna TikTok baru-baru ini, dia meluahkan rasa kecewa dengan peniaga di sebuah gerai dalam program festival makanan yang terletak di Padang Kota, Pulau Pinang.

Menurutnya, laksa yang dibeli itu dijual pada harga RM10 namun hampa melihat hidangan laksa seperti bihun sup kerana kuahnya yang agak cair dan tawar.

@cheffieza88

org nak juai laksa hampa nk juai laksa,dah la aku tgh lapaq ,laksa mmg fav aku la,sekali beli hampeehhh xsedapp!!!!!#padangkotapenang #eventchoii #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #penangmalaysia

♬ original sound – Cheffieza – Cheffieza

“Rasanya inilah laksa paling sedih aku jumpa. Dengan perut lapar tak makan dari pagi. Dalam banyak makanan dijual, rasa nak beli laksa. Tapi bila beli dengan harga RM10, tengok cair semacam. Dah serupa bihun sup saja.

“Selama aku hidup ni tak pernah lagi aku buat kuah laksa cair macam ni. Dahlah cair, rasa apa pun tak ada,” katanya yang kecewa hidangan tidak setanding harga.

Melihat perkongsian itu, rata-rata netizen turut meluahkan rasa kecewa apabila membeli barangan atau makanan di mana-mana program festival makanan.

Ramai yang mengkritik peniaga cuba mengaut keuntungan tetapi tidak jujur dalam berniaga.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Korang pernah alami situasi beli makanan festival macam ni tak?

Sumber: TikTok, X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.