
Nama penyanyi, Linda Rafar sekali lagi menjadi tumpuan selepas penampilannya di Konsert Elite baru-baru ini dikritik netizen kerana dianggap tidak sesuai.
Ramai yang mempersoalkan pakaian dipakai Linda sehingga mencetuskan perdebatan panjang di TikTok dan Threads.
Cara Linda Rafar balas komen netizen
Menerusi satu perkongsian di Threads, tular tangkap layar komen balas Linda terhadap kritikan netizen. Antara yang mencuri perhatian ialah jawapannya yang cukup pedas. Ustazah ke? Jual selipar ke? Kesian.. Berapa satu? Meh saya tolong beli. Walaupun bernada gurauan, ramai beranggapan respons Linda agak keterlaluan dan tidak sesuai dikeluarkan secara terbuka. Meninjau komen, warganet berbelah bahagi. Ada yang kecewa dengan tindakan Linda. Walau bagaimanapun, ada juga yang mempertahankan penyanyi itu dengan mengatakan netizen terlalu kasar sehingga membuatkan Linda hilang sabar. Pssttt! Tak salah menegur, tapi biarlah berhemah. Begitu juga artis, kawal emosi bila berdepan kritikan kerana setiap kata boleh meninggalkan kesan mendalam. View on Threads
Netizen beri respon


Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

