“Jual Tudung Tunjuk Kaya” – Aliff Syukri Bagi Amaran Ada Usahawan Terkenal Liat Bayar Hutang

23 Jun 2023 • 12:34 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Baru-baru ini muncul satu berita mengenai usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri mendakwa terdapat seorang usahawan wanita terkenal ‘liat’ untuk membayar hutangnya. Wuish, siapa itu?

Aliff yang kini berada di Tanah Suci Mekah memberitahu perkara itu menerusi posting di IG Story dan Instagram miliknya.

Pinjam duit Aliff

image is not available

Menurut Aliff, dirinya telah menghubungi usahawan itu selama 4 tahun namun wanita tersebut sering memberi alasan dan berdalih daripada terus membayar hutang.

Okay, saya bagi hint dia jual tudung sarung, selalu keluar TV, acah-acah alim dan kaya. Office dekat Negeri Sembilan, tudung harga beratus sampai beribu.

Dalam masa yang sama, Aliff memberitahu wanita tersebut sering memburuk-burukkan cerita mengenainya kepada orang lain meskipun telah meminjam jutaan ringgit.

image is not available

Hm, agak-agak korang siapa eh?

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media