Jualan Ehsan Rahmah mega sempena Aidilfitri di empat lokasi esok

25 Mar 2025 • 7:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 26 MAC: Jualan Ehsan Rahmah (JER) mega sempena Aidilfitri anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menganjurkan berlangsung di empat tempat esok.

Bermula 9 pagi, orang ramai berpeluang membeli ayam seekor (RM12), daging pejal (RM10/pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak dua kg (RM10) dan beras lima kg (RM13).

Inisiatif jualan murah itu turut menawarkan produk baharu iaitu tepung (RM2), sardin (RM5.50), bihun (RM2.50), biskut jagung (RM3), sabun cuci baju (RM16.00) dan lampin bayi pakai buang (RM12).

Berikut lokasi JER mega esok:

image is not available

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS berkata program JER mega sempena Aidilfitri yang menawarkan barangan asas dengan harga berpatutan dianjur pada 26 hingga 28 Mac ini.

Menurut Datuk Wira Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi sebanyak 12 Dewan Undangan Negeri (DUN) dikenal pasti terlibat jualan murah berkenaan.