Jualan eksklusif ‘early bird’ Zalora yang kaw kaw murah, siap ada ekstra baucar diskaun lagi

Men's Fashion
8 Dec 2022 • 10:00 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
zalora sale 12.12

JUALAN eksklusif early bird Zalora sempena kempen promosi 12.12 kali ini memang rugi kalau dilepaskan.

Baucar potongan harga kaw kaw hingga 50 peratus wajar direbut bermula hari ini hingga 13 Disember nanti.

Lagi menarik, pembelian minimum RM150 membolehkan kalian menebus ekstra baucar diskaun sebanyak 40 peratus.

Antara koleksi menarik yang mencuri tumpuan kaki shopping ialah kemeja-T Guess lengan pendek dijual pada harga RM172.90 selepas potongan 36 peratus.

image is not availableimage is not availableTerdapat pilihan rona hitam, putih dan kelabu. Macam biasa, warna gelap selalunya cepat habis, jadi kena cepat grab.

Selain diperbuat daripada kapas premium, kemeja-T tersebut sangat selesa dipakai kerana dihasilkan daripada tenunan linen, rami, jut atau viscose berasaskan buluh.

image is not availableSinarPlus difahamkan, setiap kali ada jualan murah, pasti laku keras! Harganya setimpal dengan nilai yang ditawarkan.

SANDAL NEW BALANCE

Jenama terkemuka New Balance juga mengambil tempat ketika promosi berlangsung.

Mereka antara lain menjual sandal yang menjadi rebutan ramai. Memang best pakai kerana ia ringan dan tahan lasak.

image is not availableHarganya sebelum ini mencecah RM119, tetapi sempena jualan hebat, ia ditawarkan hanya RM62.10 (selepas diskaun tambahan bagi pembelian minimum RM179).

Apa yang best mengenai sandal keluaran New Balance tersebut? Bukan sahaja diperbuat daripada bahan super ringan, malah digabung dengan busa dan getah berkualiti.

image is not availableCiri kalis air dan antilicin dengan gaya rekaan moden membuatkan sandal tersebut menjadi pilihan ramai jejaka stailo.

TUDUNG NAELOFAR

Zalora juga menawarkan item baharu yang ditawarkan pada harga bawah RM50 seperti koleksi kasut Vincci, baju jenama H & M dan minyak wangi Gucci.

Bagi mereka yang sedang mencari koleksi tudung atau selendang, Zalora juga mempamerkan item hijab terbaharu keluaran Naelofar.

image is not availableAntaranya, selendang satin Disney x Naelofar Bambi berharga RM119 dan dress Disney x Naelofar Bambi Meadow (RM199).

Memang rambang mata dibuatnya kerana banyak pilihan yang cantik dan bermutu tinggi.

Jadi, jangan lepaskan promosi hebat yang ditawarkan Zalora sempena jualan 12.12 sebagai penutup hujung tahun. Murah murah!

image is not availableLayari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi