Jualan EV Melonjak, Rakyat M'sia Semakin Minat EV

LocalTechnology
17 Oct 2024 • 3:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Percaya atau tidak, sebanyak 6,617 kenderaan elektrik berkuasa bateri (BEV) dijual pada separuh pertama 2024.

Angka itu dilihat meningkat 112 peratus daripada 3,117 unit dalam tempoh yang sama pada 2023.

image is not available

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Stellantis x Leapmotor C10 SUV, di ibu negara , semalam.

Bagaimanapun, beliau mengakui angka itu meningkat dengan begitu ketara disebabkan rakyat Malaysia semakin minat dengan kenderaan elektrik.

“Pertumbuhan ini turut menyumbang kepada agenda alam sekitar nasional dan global,” katanya.

image is not available

Mengenai stesen pengecas, Tengku Zafrul berkata, sehingga September lalu, lebih 3,171 stesen telah dipasang di seluruh negara, termasuk 813 pengecas pantas DC.

"Kita berharap dapat mencapai sasaran 10,000 stesen pengecas menjelang akhir 2025," tambahnya.