Jualan Jan 2025 Menyusut Berbanding Jan 2024, Tapi Pasaran Eksport Melonjak

LocalCars
13 Feb 2025 • 11:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

PROTON hanya mencatatkan jualan kereta sebanyak 9.914 unit (domestik + eksport + Proton e.MAS + kereta smart) pada bulan lepas.

Angka itu dilihat menyusut berbanding dengan jualan kereta sebanyak 12,882 unit (kereta ICE sahaja) yang dicatatkan pada Januari 2024.

Walaupun jualan bulan lepas menurun namun terdapat peningkatan jumlah eksport sebanyak 86.9% berbanding tahun lalu dimana tiga model PROTON yang memulakan tahun ini menerajui jualan segmen masing-masing.

Antaranya Proton Saga yang menjadi model paling terlaris bagi syarikat pada Januari, dengan jumlah keseluruan 4,597 unit.

image is not availableimage is not available

Proton Persona, sedan segmen-B, dan Proton Iriz, 'hatchback' segmen-B, masing-masing menyumbang 1,221 dan 291 unit.

Sementara itu, Proton X50 mendahului jualan segmen dengan 1,436 unit, diikuti Proton X90 dengan 203 unit, dan Proton S70 dengan 1,143 unit.

image is not available

Ini bermakna, model-model PROTON ini memulakan tahun dengan kedudukan teratas dalam kategori kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-B, SUV segmen-D dan sedan segmen-C.

Tidak ketinggalan, Proton X70 yang merupakan model SUV ketiga, mengekalkan prestasi jualan yang kukuh dengan 576 unit terjual pada bulan Januari.

image is not available

Di sebalik jualan model Proton di Malaysia, volum eksport mencapai angka bulan pembukaan terbaiknya sejak tahun penuh pertama kerjasama dengan Geely pada 2018 apabila 200 unit dihantar ke pasaran antarabangsa.

Sebagai perbandingan, hanya 107 unit yang dijual pada bulan yang sama tahun lalu. Seperti biasa Proton Saga mendahului di pasaran eksport, diikuti oleh Proton X50 dan Proton S70.