Perodua Berjaya Jual 5.1 Juta Kereta, Perodua Pilihan Rakyat Malaysia!

LocalCars
10 Feb 2025 • 3:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Percaya atau tidak, Perodua mendedahkan bahawa pihaknya sudah menjual sebanyak 5.1 juta kenderaan setakat 31 Disember 2024.

Jualan kereta itu direkodkan sejak Perodua ditubuhkan pada tahun 1994 sehinggalah tahun lepas. Ini bermakna dalam tempoh 30 tahun, jualan Perodua mencecah jutaan unit.

Bagaimanapun, data itu didedahkan dengan pihak media sempena acara ‘Up-Close & Casual With Perodua’ di Kuala Lumpur, pada minggu lepas.

Berdasarkan slaid yang dikongsikan itu menunjukkan, model Perodua Kancil terjual sebanyak 709,000 unit dari 1994 hingga 2009.

image is not available

Selain model Kancil, Perodua Viva juga dianggap model kedua yang paling laris selepas mencatatkan jualan sebanyak 448,000 unit.

Bagi model terkini, Myvi antara model paling laku buat jenama Perodua. Mana tidaknya, sebanyak 1.5 juta unit terjual sejak ia dilancarkan ke pasaran tempatan.

Selepas Myvi, model Axia juga antara model yang paling banyak dibeli oleh rakyat Malaysia kerana harganya yang cukup murah.

image is not availableimage is not available

Model Axia mencatatkan jualan sebanyak 746,000 unit sejak ia diperkenalkan buat pertama kali pada 2014

Jualan Axia tetap melonjak selepas Perodua memperkenalkan versi fasa facelift pada tahun 2017 dan 2019) serta model generasi kedua diasaskan dari platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang kemudian dilancarkan pada Februari 2023

Susulan itu, Perodua mengeluarkan Perodua Axia 1.0 E yang dikenali sebagai Axia Rahmah kerana ia dijual pada harga serendah RM22,000.

Model itu adalah tawaran terendah dari Perodua untuk membolehkan rakyat supaya mampu memiliki sebuah kereta baharu tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar.

Bayangkan, dengan ansuran RM300 sebulan, setiap rakyat Malaysia sudah mampu memiliki kereta.

Maka, tidak hairanlah mengapa model Perodua lebih banyak dikesan di Malaysia.

image is not available

Malah, berdasarkan data.gov.my, pengeluar dan model kereta paling hangat setakat 31 Januari 2025 jatuh kepada Perodua manakala Axia, Bezza dan Myvi sentiasa menjadi model pilihan rakyat Malaysia!

Apa pula pandangan anda?