Jualan Kereta China Semakin Melonjak, Apa Nasib Kereta Pasaran Malaysia?

LocalCars
23 Jan 2025 • 4:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Percaya atau tidak, kereta dari China dilihat menjadi pencabar pasaran kereta Malaysia sejak tahun lepas.

Apa tidaknya, dengan harga mampu milik, kereta-kereta dari China dilihat cukup sarat dengan pelbagai ciri-ciri inovatif selain menampilkan rekaan yang cukup canggih.

Perkara itu turut diakui Penganalisis RHB Investment Bank Bhd, Syahril Hanafiah.

Dengan mengambil contoh seperti jenama Chery, beliau berkata walaupun membuat kemunculan pertamanya dalam pasaran tempatan pada Julai 2023, ia sudah pun berada pada tangga ketiga dalam kelompok kereta bukan jenama nasional,.

image is not availableimage is not available

Sementara itu, BYD berjaya menduduki senarai 10 teratas dengan hanya barisan kereta elektrik (EV).

"Pengeluar kereta nasional masih menguasai sebahagian besar pasaran. PERODUA telah menjual 358,102 unit pada 2024, meningkat 8.4 peratus daripada 330,000 unit pada 2023, sedangkan jumlah jualan PROTON jatuh 2.2 peratus apabila mencatat jualan 147,6000 unit pada 2024.

"Jika digabungkan, pengeluar kereta jenama kebangsaan masih membentuk peratusan terbesar untuk jumlah keseluruhan industri (TIV) Malaysia, iaitu pada kira-kira 62 peratus," katanya dalam satu nota penyelidikan.

image is not available

Terdahulu, Persatuan Automotif Malaysia mendedahkan TIV 2024 melepasi angka 800,000 unit buat kali pertama dalam sejarah.