CEO Xpeng Mengatakan Sejumlah Jenama Kereta China Mungkin Tidak Hidup Lagi Dalam Beberapa Tahun

TechnologyDigitalCars
17 Jan 2025 • 10:37 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada hari ini, boleh dikatakan terdapat lambakkan pengeluar kenderaan di pasaran, terutamanya dari China. Ia seperti mengulang kembali era permulaan telefon pintar suatu ketika dahulu, memperlihatkan pelbagai jenama hadir, dan hanya beberapa sahaja yang tinggal pada hari ini.

Perkara sama turut dijangka berlaku pada industri automotif. CEO Xpeng menyasarkan “fasa penyingkiran” akan bermula antara 2025 ke 2027, dimana persaingan akan lebih sengit bermula tahun ini, membuatkan beberapa pengeluar mungkin tidak bertahan dan mula keluar daripada industri berkenaan.

Disamping itu, dalam dekad akan datang, ia dikatakan sejumlah pengeluar dari China mungkin tidak berada dalam pasaran lagi. Berkongsi lanjut, CEO Xpeng mengatakan daripada 300 syarikat pemula dulu, hanya sekitar 50 syarikat yang masih kekal beroperasi hari ini, dan sekitar 40 sahaja yang menjual kenderaan. Dalam 10 tahun akan datang, ia dijangka China mempunyai sekitar 7 ke 10 jenama atau syarikat kenderaan sahaja.

Selain CEO Xpeng, beberapa pihak lain dalam industri automotif turut berpandangan sama. Pelbagai syarikat kenderaan sedia ada sendiri menghadapi cabaran dalam mengadaptasi ke era kenderaan elektrik, termasuk melibatkan nama besar seperti Toyota, disamping Honda dan Nissan yang baru sahaja mengumumkan perancangan untuk mengabungkan syarikat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved