Jualan Rahmah diperluas ke kem tentera, balai polis dan IPT

LocalBusiness & Finance
23 Jul 2026 • 3:36 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jualan Rahmah diperluas ke kem tentera, balai polis dan IPT

TAMPIN – Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) akan diperluaskan ke lebih banyak lokasi strategik termasuk kem tentera, balai polis dan institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Senator Datuk Dr. Fuziah Salleh berkata, langkah itu bagi memastikan lebih ramai rakyat menikmati barangan keperluan pada harga lebih rendah.

“Hari ini, program sama dilaksanakan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas dan saya sendiri turun padang meninjau pelaksanaannya serta bertemu anggota tentera dan keluarga mereka ketika sesi walkabout di lokasi jualan.

“Program ini bukan sahaja membolehkan mereka membeli barangan keperluan harian pada harga 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding pasaran, malah membantu menjimatkan masa, kos perjalanan dan perbelanjaan harian,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Menurutnya, pelaksanaan PJRM di lokasi strategik turut membuka peluang kepada rakan strategik KPDN termasuk pasar raya, pemborong, koperasi dan peruncit tempatan untuk meluaskan pasaran, sekali gus merancakkan aktiviti ekonomi setempat.- KOSMO! ONLINE

The post Jualan Rahmah diperluas ke kem tentera, balai polis dan IPT appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved