Jualan Rahmah Shopee lebih berbaloi, rebut harga murah 50 peratus, siap baucar kedai untuk stok Ramadan

Food
16 Mar 2023 • 10:00 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
Jualan Rahmah Kasih Sayang

BAGI menyokong usaha kerajaan untuk meringankan beban rakyat negara ini, Shopee tidak terkecuali menganjurkan Jualan Rahmah Kasih Sayang untuk keperluan dapur.

Menariknya, perbelanjaan lebih menjimatkan dengan tawaran penghantaran percuma dan baucar istimewa setiap kedai terpilih.

Jadi, kalian tak perlu membazir minyak petrol untuk shopping ke premis jualan kerana Shopee boleh hantar terus ke pintu rumah.

Jualan Rahmah Kasih Sayang Shopee kali ini lebih tertumpu kepada barangan makanan dan minuman yang sesuai dijadikan stok sepanjang bulan Ramadan.

image is not available

Milo Activ-Go seberat 1 kilogram (kg) dijual pada harga RM17.99 berbanding harga asal, RM22.80.

Dapatkan rebate penghantaran dengan baucar yang ditawarkan Lotus’s bermula RM3 hingga RM110.

Bagi mereka yang tinggal di Sabah dan Sarawak, jangan risau kerana potongan RM3 untuk kos penghantaran ke sana.

image is not available

Shopee Supermarket bawakan penjimatan berganda untuk Jualan Rahmah dan jika kalian mencari kekacang, set minuman 3 in 1 atau rempah masakan sekali pun, semuanya ada.

Kurma Ajwa

Bulan Ramadan tak lengkap jika tidak membeli stok kurma berbotol-botol sebagai makanan sunnah Rasullah.

Mahnaz Food tawarkan kurma Ajwa untuk bungkusan 500 gram (g), 800g atau 1kg pada harga bermula RM32 hingga RM59.90.

image is not available

Nilai tersebut lebih murah dengan diskaun separuh harga yang ditawarkan tapi kena beli awal ya kerana ia dijual untuk tempoh terhad.

Berikut khasiat kurma Ajwa:

i) Nutrien penting terdiri daripada potasium yang sangat penting untuk jantung.

ii) Bantu penyembuhan hati dan baik untuk hepatitis kerana mengandungi vitamin B2.

image is not available

iii) Melambatkan penuaan dan memberi imuniti terhadap otak .

iv) Membantu memberi tenaga selain membersihkan ginjal.

Cebion Vitamin C 1000mg + Calcium Effervescent

Bulan puasa nanti, jangan lupa suplemen untuk menambah tenaga ya!

image is not available

Shopee menawarkan set bundle untuk Vitamin C dan kalsium pada harga lebih berbaloi dengan beli satu, percuma satu.

Harga asal ditawarkan RM304.60, namun anda boleh jimat hingga RM162.30 kerana nilai terkini dijual hanya RM142.30.

Boleh dikatakan separuh harga jer. Memang berbaloi untuk bekalan suplemen tambahan buat satu famili.

image is not available

Colgate Clean Home Bundle

Mahu dapatkan harga lebih rendah untuk sabun pencuci pinggan dan basuh baju?

Anda wajib rebut tawaran Colgate Clean Home Bundle sama ada untuk set pencuci pinggan atau pakaian.

Setiap pembelian promosi bundle, ada hadiah percuma diberikan iaitu set mangkuk yang bernilai RM25.

image is not available

Pakej ditawarkan bermula RM38.77 hingga RM66.82

Banyak lagi promosi kaw kaw diberikan kepada kaki shopping yang ingin berhemah dalam membeli-belah.

Nak puasa nanti, tak perlu susah hati jika tiada bekalan barang kering kerana Shopee tawarkan pilihan terbaik buat semua.

image is not available

Jadi, jangan tunggu lama-lama untuk membeli semua stok murah yang ditawarkan Shopee sempena Jualan Rahmah Kasih Sayang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.