Jualan UMWT Cecah 8,500 Unit Bulan Lepas

LocalCars
13 Dec 2024 • 4:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

UMW Toyota Motor (UMWT) meneruskan momentum positifnya apabila mencapai jumlah jualan hampir 8,400 unit pada bulan lepas.

Hasil jualan yang positif ini juga menjadikan jumlah volum Tahun-ke-Tarikh (YTD) kini berada di sekitar 89,500 unit.

Antara penyumbang utama kepada jualan UMWT ialah sedan segmen B Vios yang sentiasa popular, diikuti oleh trak pikap Hilux dan Yaris.

image is not availableimage is not available

Selain itu, model yang baru dilancarkan seperti Corolla Cross versi facelift dan Camry generasi kesembilan juga bakal menawan hati rakyat Malaysia.

Bercakap mengenai Corolla Cross facelift, UMWT ada menawarkan promo istimewa bernilai sehingga RM3,000 untuk SUV ini, yang akan ditawarkan sehingga 31 Disember ini.

image is not availableimage is not available

Tidak terkecuali model lain seperti Vios dan Yaris serta sedan Corolla dan SUV Harrier, juga termasuk dalam kempen penjimatan promosi UMWT yang menampilkan promosi bernilai sehingga RM10,000 sepanjang Disember ini.

Selain itu, program Toyota Service Savers menawarkan penyelenggaraan kenderaan yang berpatutan, bermula serendah RM31 sebulan, memberikan ketenangan minda kepada pemilik kenderaan Toyota.

Untuk keterangan lanjut, layari www.toyota.com.my.