Proton X70 Kembali Duduk Tempat Teratas Dalam Jualan SUV

LocalCars
9 Dec 2024 • 12:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Pengeluar kereta nasional PROTON mencatatkan jualan sebanyak 12,194 unit (domestik dan eksport) pada bulan November lalu.

Ini membawa jumlah jualan tahun sehingga kini (YTD) kepada 137,751 unit dengan PROTON kekal di tempat kedudukan kedua paling popular dalam kedudukan jualan nasional.’

Di sebalik itu, Proton X70 kembali menduduki tempat teratas manakala X90 dan S70 terus kekal sebagai peneraju pasaran.

Jualan Proton X70 pada November meningkat sebanyak 7.7% berbanding bulan sebelumnya kepada 1,065 unit, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif YTD sebanyak 7,536 unit.

image is not available

PROTON X90:

Sementara itu, Proton X90 kekal sebagai peneraju pasaran untuk SUV segmen D dengan pertumbuhan 13.1% bulan ke bulan kepada 277 unit, menyumbang kepada jumlah jualan YTD sebanyak 3,246 unit.

PROTON S70:

Model ketiga yang mendahului segmennya adalah Proton S70, yang telah menyambut ulang tahun pertamanya pada 28 November.

image is not availableimage is not available

Selepas penyertaan pertamanya dalam perlumbaan Sepang 1000km 2024, Proton S70 mencatatkan jualan sebanyak 1,312 unit bulan lalu.

Ini telah mengembalikan sedan ini ke kedudukan teratas dalam segmennya dan membawa jumlah jualan YTD kepada 17,512 unit.

PROTON X50:

Tidak ketinggalan SUV paling popular Proton, Proton X50, juga mencatatkan jualan sebanyak 1,911 unit pada bulan lalu.

image is not available

Ini menjadikan jumlah jualan YTD kepada 21,033 unit. Sejak dilancarkan pada Oktober 2020, SUV segmen B ini telah menjadi model SUV dengan jualan terpantas di Malaysia, dan kekal sebagai model terlaris dalam segmennya sehingga kini.

PROTON SAGA:

Malah, jualan model-model Proton yang lain terus menunjukkan prestasi yang kukuh.

Proton Saga telah merekodkan 5,916 unit jualan, menjadikan jumlah YTD sebanyak 66,094 unit.

Model ini berada pada landasan untuk melepasi paras 70,000 unit jualan untuk tahun kedua berturut-turut.

Sedan segmen B Proton Persona mencatatkan 1,394 unit pada November dengan jumlah YTD sebanyak 17,325 unit, manakala hatchback segmen B Proton, Proton Iriz, menjual 319 unit, menjadikan jumlah jualan setakat ini kepada 4,762 unit.

image is not available

Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, pihaknya cukup dalam menghasilkan kenderaan berkualiti terbukti melalui kejayaan berterusan model-model seperti Proton X70, Proton X90, dan Proton Saga.

“Kesemua model ini telah yang kesemuanya telah mencapai kejayaan penting tahun ini. Dengan pelancaran Proton e.MAS 7 nanti, kami yakin PROTON akan terus menjadi peneraju dalam industri automotif, baik di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa," katanya.