“Juara Lagu Soon..” – Video ‘Mic Drop’ Buat Netizen Tertanya, ‘Pocket Rocketman’ Bakal Bergelar Penyanyi?

EntertainmentSports
9 Aug 2025 • 11:47 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terbaru, legenda berbasikal trek negara iaitu Datuk Azizulhasni Awang atau dikenali sebagai Pocket Rocketman telah memuat naik satu video memaparkan dirinya memegang microphone membuatkan netizen tertanya-tanya.

Dalam video tersebut, dilihat atlet itu berkongsikan video pendek memaparkan dirinya melakukan aksi ‘mic drop’ dengan latar belakang lagu ‘Bangun’ nyanyian penyanyi rap, Aman Ra.

Sesuatu perkara lain daripada yang pernah lakukan sebelum ini. Semua ini untuk anda.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang)

Susulan membuat gaya seperti itu, aksi tersebut telah mencetus tanda tanya serta pelbagai spekulasi dikalangan netizen.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, ramai yang membuat andaian bahawa berkemungkinan besar Azizul bakal menceburi bidang nyanyian pula.

image is not available

image is not available 2024-08-11 13:56:27

"Main Kotor! Shame On You Wakil France" - Halang & Himpit Azizulhasni, IG Rayan Helal Teruk 'Diserang' Netizen Malaysia