Juara Piala Asia: Jika diberi pilihan, anda pilih Qatar atau Jordan?

10 Feb 2024 • 1:49 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pasukan manakah pilihan anda untuk menjulang Piala Asia 2023, Jordan atau Qatar? - Foto Stadium Astro

JIKA disingkap kembali ini adalah sejarah buat kedua-dua pasukan antara Qatar dan Jordan di Piala Asia 2023.

1. Qatar

Qatar merupakan juara bertahan kerana pada edisi 2019 mereka berjaya menewaskan juara empat kali Piala Asia, Jepun dengan skor 3-1 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Semangat membara buat pasukan Qatar raih kejuaraan berganda tahun ini apabila kali ini mereka bakal beraksi sebagai tuan rumah yang dihujani oleh ribuan fanatik mereka.

Qatar melangkah ke final Piala Asia 2023 dengan permulaan yang cemerlang apabila berjaya menghuni tangga pertama kumpulan A yang dihuni oleh Tajikistan, China dan Lebanon.

Qatar seterusnya berjaya menghantar Palestin pulang dengan skor 2-1 di pusingan 16, selepas itu mengalahkan Uzbekistan dengan penentuan penalti untuk 3-2 selepas terikat 1-1 di peringkat suku akhir, dan Qatar terus cemerlang apabila berjaya mengalahkan pasukan Iran di peringkat separuh akhir dengan kemenangan dramatik 3-2.

2. Jordan

Jordan mencatatkan sejarah tersendiri untuk pertama kalinya ke final Piala Asia 2023 Pada empat edisi sebelumnya, pencapaian terbaik Jordan adalah berjaya lolos ke pusingan 16 terbaik pada 2004 dan 2011 namun akur tewas kepada Jepun dan Uzbekistan pada ketika itu.

Jordan melangkah ke final Piala Asia 2023 dengan permulaan kurang baik apabila sekadar huni tangga ketiga terbaik dalam kumpulan E yang dihuni oleh Bahrain, Korea Selatan, dan Malaysia.

Mousa Al Taamari dan rakan sepasukan seterusnya berjaya menghantar Iraq pulang secara dramatik dengan skor 3-2 di pusingan 16, selepas itu mengalahkan Tajikistan dengan gol tipis 1-0 di peringkat suku akhir, dan sejarah tercipta apabila Jordan berjaya menumpaskan pasukan Jurgen Klinsmann di peringkat separuh akhir dengan dua gol tanpa balas.

Kalau admin secara peribadi pilih Jordan untuk jadi juara kali ini, kalau anda bagaimana? Qatar ke Jordan? - Awani

*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved