Juara Piala FA: Tiga Pemain JDT Digantung FIFA Turut Raikan Kejayaan Harimau Selatan

LocalFootball
15 Dec 2025 • 9:38 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tiga pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) yang digantung oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) iaitu Joao Figueiredo, Hector Hevel dan Jon Irazabal turut kelihatan meraikan kejayaan Harimau Selatan menjuarai Piala FA buat kali kelima, semalam.

Perkara itu berdasarkan perkongsian gambar oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail di laman media sosial yang memaparkan baginda bersama ketiga-tiga pemain berkenaan.

Kejayaan Harimau Selatan

image is not available

“Alhamdulillah,” tulis Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik JDT di platform X, sambil memuat naik beberapa keping gambar termasuk yang memperlihatkan skuad Harimau Selatan bergambar bersama trofi Piala FA.

Artikel lain: Badi 34 Tahun Berakhir! Malaysia Tundukkan Thailand Dalam Sepak Takraw Berpasukan

Kejayaan Harimau Selatan

image is not available

Ketiga-tiga pemain warisan itu sebelum ini merupakan antara tonggak utama pasukan JDT, namun digantung selama 12 bulan oleh FIFA pada September lalu susulan dakwaan pemalsuan dokumen.

Sumber: X @HRH Crown Prince of Johor

The post Juara Piala FA: Tiga Pemain JDT Digantung FIFA Turut Raikan Kejayaan Harimau Selatan appeared first on Borak Daily.