Juh Berambeh Sungkey, Buka Puasa Picnic Style Di Padang Merdeka Kuching

19 Mar 2024 • 11:52 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Juh Berambeh Sungkey bersama DBKU

Juh Berambeh Sungkey, Buka Puasa Picnic Style Di Padang Merdeka Kuching. Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) kembali lagi dengan inisiatif mengimarahkan suasana ramadan dengan menganjurkan “Juh Berambeh Sungkey”. Acara berbuka puasa ala piknik ini akan diadakan di Padang Merdeka pada Sabtu, 23 Mac jam 6 petang.

“Juh Berambeh Sungkey” menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan dan santai bagi warga Kuching Utara untuk berkumpul bersama-sama sambil menikmati hidangan berbuka puasa.

image is not available
Juh Berambeh Sungkey, Buka Puasa Picnic Style Di Padang Merdeka Kuching. Sumber: Facebook

Antara aktiviti menarik yang disediakan termasuklah agihan bubur lambuk percuma, berbuka puasa secara beramai-ramai, dan solat Maghrib berjemaah.

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan program ini. Tapi jangan lupa untuk bawa makanan dan alas tikar sendiri tau!

Juh Berambeh Sungkey bersama DBKU:
Tarikh: Sabtu, 23 Mac
Masa: Jam 6 petang
Lokasi: Padang Merdeka, Kuching Utara

Baca lagi artikel menarik:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved