Sibu Turut Anjur Buka Puasa Ala Piknik Di Dataran Tuanku Bujang Fasa 1

19 Mar 2024 • 1:40 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bakal diadakan pada 23 Mac 2024 ini

Sibu Turut Anjur Buka Puasa Ala Piknik Di Dataran Tuanku Bujang Fasa 1. Kira-kira 10,000 orang dari pelbagai lapisan masyarakat dijangka akan berkumpul di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 1 di sini untuk majlis berbuka puasa secara beramai-ramai pada 23 Mac 2024.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Dr Annuar Rapaee berkata Sungkei Perdana merupakan lambang perpaduan kaum dan keharmonian agama di Sarawak, khususnya di Sibu.

image is not available
Sibu Turut Anjur Buka Puasa Ala Piknik Di Dataran Tuanku Bujang Fasa 1. Gambar sekadar hiasan

Penduduk bukan Islam di sini juga turut dijemput untuk menyertai Sungkei Perdana tahunan.

“Kami menjemput penduduk Sibu, baik Muslim mahupun bukan Muslim, untuk menyertai berbuka puasa bersama ini.

“Turut akan diadakan Solat Maghrib dan pertandingan meriam buluh di fasa 1, yang dianjurkan oleh Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Nangka dan Belia 1828,” katanya hari ini.

Sibu Turut Anjur Buka Puasa Ala Piknik Di Dataran Tuanku Bujang Fasa 1

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka berkata persiapan telah dimulakan awal memandangkan ramai yang dijangka akan menyertai majlis piknik bergaya potluck itu.

Beliau juga berharap cuaca baik agar lebih ramai orang dapat menyertai.- The Borneo Post

Dekat Kuching pun ada iftar dengan picnic style tauu! Jom, jomm: