Julia Farhana Ditegur Kongsi Gambar Berkemban Untuk Tontonan Umum

Entertainment
13 Aug 2026 • 10:19 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pelakon Julia Farhana kembali menjadi bualan selepas beberapa foto terbaharunya di Instagram menarik perhatian ramai.

Bukan mengenai lakonan, sebaliknya penampilan aktres berusia 32 tahun itu selepas kembali tidak bertudung menjadi perhatian pengikutnya di media sosial.

Penampilan Julia Farhana undang pelbagai reaksi pengikutnya

Image from: Julia Farhana Ditegur Kongsi Gambar Berkemban Untuk Tontonan Umum

Menerusi perkongsian tersebut, Julia memuat naik beberapa foto ketika sedang mendapatkan rawatan di sebuah pusat kecantikan.

Namun, salah satu foto selfie yang dimuat naik lebih mencuri tumpuan apabila Julia dilihat tampil berkemban. Penampilan itu kemudiannya mengundang pelbagai reaksi daripada warganet.

Ruangan komen hantaran tersebut turut dipenuhi reaksi netizen yang terkejut melihat penampilan terbaharu Julia.

Dalam masa sama, ada juga yang memilih untuk menitipkan doa agar pelakon berkenaan kembali mengenakan hijab.

Julia tidak membiarkan doa tersebut tanpa respons apabila dia turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakannya.

Pernah berhijab sejak 2023

Image from: Julia Farhana Ditegur Kongsi Gambar Berkemban Untuk Tontonan Umum

Walaupun penampilannya kini menjadi bualan, Julia tidak memberikan sebarang penjelasan lanjut mengenai perkara itu menerusi hantaran tersebut. Untuk rekod, Julia mula tampil dengan imej berhijab sekitar Mac 2023.

Beberapa bulan selepas melakukan perubahan berkenaan, Julia pernah berkongsi bahawa dirinya menerima banyak tawaran lakonan selepas berhijrah dengan imej baharu itu.

The post Julia Farhana Ditegur Kongsi Gambar Berkemban Untuk Tontonan Umum appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved