Pelakon Julia Farhana sekali lagi menjadi perhatian selepas perkongsian terbaharunya di media sosial memperlihatkan penampilannya selepas kembali tidak bertudung.
Menerusi hantaran di Instagram, Julia, 32, memuat naik beberapa foto ketika sedang mendapatkan rawatan di sebuah pusat kecantikan.
AdvertisementView this post on Instagram
Bagaimanapun, salah satu foto ‘selfie’ yang dikongsikan aktres berkenaan mencuri tumpuan apabila dia dilihat tampil berkemban sehingga mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.
Netizen titip doa buat Julia
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat terkejut dengan penampilan terbaharu Julia selain ada yang menitipkan doa agar pelakon tersebut kembali berhijab.
View this post on Instagram
Tidak berdiam diri dengan komen yang diterima, Julia turut memberikan respons dengan mengucapkan terima kasih atas setiap doa yang diberikan kepadanya.
Meskipun penampilannya menjadi bualan, Julia tidak memberikan penjelasan lanjut mengenai perkara tersebut menerusi hantaran berkenaan.

Untuk rekod, Julia mula tampil dengan imej berhijab sekitar Mac 2023.
Beberapa bulan selepas melakukan perubahan tersebut, Julia pernah berkongsi bahawa dirinya menerima banyak tawaran lakonan selepas berhijrah dengan imej baharu berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

“Kecewanya Saya Bila Lihat Koleksi Terbaru…” – Netizen Tegur Neelofa, Persoal Imej Jenama Muslimah
The post “Harap Sis Kembali Ke Pangkal Jalan” – Swafoto Julia Farhana Pakai Tuala Separuh Badan Undang Perhatian Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





