Julie’s Bawa Kelainan Dengan Crackers Rave, Festival Muzik Siang Hari Bersama Biskut Percuma!

16 Nov 2026 • 7:56 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Julie’s Bawa Kelainan Dengan Crackers Rave, Festival Muzik Siang Hari Bersama Biskut Percuma!

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kalau sebut tentang rave, ramai mungkin terus terbayangkan pesta muzik yang berlangsung hingga lewat malam. Namun, trend coffee rave kini membawa suasana itu ke waktu siang, apabila orang ramai boleh menikmati muzik, menari dan bersantai sambil menghirup kopi.

Mengambil inspirasi daripada trend tersebut, Julie’s kini memperkenalkan Crackers Rave, sebuah festival yang menggabungkan muzik EDM, aktiviti komuniti dan aneka biskut untuk dinikmati secara percuma.

Festival yang dibuka kepada orang ramai tanpa bayaran masuk itu akan berlangsung di Sunway Square (L1 Driveway) pada 21 dan 22 November 2026, dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Selain persembahan DJ, pengunjung boleh meneroka bazar artisan tempatan, mencuba pelbagai aktiviti bertemakan biskut dan menikmati empat jenis biskut Julie’s tanpa had sepanjang acara.

Festival ini turut menjadi platform untuk memperkenalkan Julie’s Salty Crackers, produk baharu yang mula dijual di pasaran sejak April lalu dan kini diperkenalkan secara rasmi kepada orang ramai menerusi acara berkenaan.

Pengarah Julie’s Biscuits, Tzy Horng Sai berkata, Crackers Rave merupakan pendekatan jenama itu untuk mendekati masyarakat melalui muzik, makanan dan aktiviti yang menggalakkan interaksi antara pengunjung.

Menurutnya, festival tersebut juga menjadi ruang untuk orang ramai berehat daripada rutin hujung minggu dan menikmati masa bersama dalam suasana lebih santai.

“Di Julie’s, kami lebih suka untuk turun padang, menghidupkan suasana dengan muzik dan membiarkan festival serta produk kami berbicara sendiri.

“Crackers Rave ialah jemputan kami untuk anda berehat seketika daripada rutin hujung minggu yang biasa dan melangkah ke ruang yang direka untuk anda menjadi diri sendiri, bergerak bebas dan mengeratkan hubungan. Di sini, tiada peraturan yang rumit. Yang ada hanyalah komuniti yang berkumpul untuk menikmati detik bersama,” katanya.

Empat Zon Dengan Aktiviti Berbeza

Sepanjang dua hari berlangsung, Crackers Rave dibahagikan kepada empat zon utama yang masing-masing menawarkan aktiviti berbeza untuk pengunjung.

Antara tumpuan utama ialah The Main Floor, sebuah pentas EDM yang menampilkan lapan DJ tempatan termasuk Curzone, Ashley Lau dan Leonard Sinclair.

Persembahan muzik techno yang lebih bertenaga serta rentak melodi yang ceria akan berlangsung dari jam 2 petang hingga 6 petang, sesuai untuk mereka yang ingin menikmati suasana pesta muzik pada waktu siang.

Bagi yang gemar membeli-belah atau mencari makanan menarik, The Market pula menghimpunkan pelbagai gerai usahawan kreatif dan jenama gaya hidup tempatan.

Pengunjung boleh mendapatkan pastri yang baru dibakar, kopi dan aneka snek, selain mencuba aktiviti menghasilkan kraf manik Perler yang boleh dibawa pulang sebagai hasil tangan sendiri.

Aktiviti Santai Bersama Hos dan Pencipta Kandungan

Satu lagi tarikan yang boleh dikunjungi ialah Crackers Experience Zone, yang menempatkan pelbagai aktiviti interaktif bertemakan biskut Julie’s.

Pada 21 November, zon ini akan menampilkan Off The Records, sebuah sesi Sip & Spill yang dikendalikan oleh Ming Yue dan Graeme.

Kedua-dua hos itu akan bergerak di sekitar kawasan festival untuk berinteraksi dengan pengunjung menerusi temu bual santai yang diselitkan dengan elemen jenaka, sambil menikmati biskut bersama-sama.

Pada 22 November pula, zon tersebut akan bertukar menjadi The Crackers Lab yang menampilkan demonstrasi masakan secara langsung serta sesi ramah mesra bersama Jun and Tonic.

Pengunjung berpeluang melihat sendiri bagaimana hidangan canapé berasaskan biskut Julie’s disediakan, termasuk Golden Crackers dengan tomato perap kicap dan keju mozzarella.

Malah, mereka juga boleh mencuba sendiri hidangan yang disediakan sepanjang sesi tersebut.

Ruang Rehat Dengan Empat Perisa Biskut Julie’s

Selepas puas meneroka kawasan festival dan menikmati muzik, pengunjung boleh berehat di The Alfresco Lawn, iaitu ruang khas yang disediakan untuk mereka bersantai.

Di sini, empat pilihan biskut Julie’s boleh dinikmati tanpa had, merangkumi produk baharu Salty Crackers serta tiga perisa klasik iaitu Golden, Butter dan Sugar Crackers.

Selain itu, pengunjung tidak perlu pergi jauh untuk mendapatkan sampel biskut kerana kru acara turut akan bergerak di sekitar kawasan festival sambil membawa dulang sampel mini.

Gerai sampel turut ditempatkan di setiap zon bagi membolehkan pengunjung menikmati kudapan rangup Julie’s sepanjang acara berlangsung.

Julie’s Salty Crackers, Pilihan Snek Baharu

Bagi yang belum mencuba produk terbaharu ini, Julie’s Salty Crackers merupakan biskut yang dibakar sehingga keemasan untuk menghasilkan tekstur ringan dan rangup, sebelum ditaburi kristal garam bagi memberikan rasa masin yang menyelerakan.

Ia boleh dinikmati begitu sahaja atau dipadankan dengan sos celup dan sapuan kegemaran masing-masing.

Sama ada untuk mengalas perut ketika waktu rehat, dikongsi bersama keluarga di rumah atau dijadikan snek selepas menari, biskut ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa.

Bawa Pulang Crackers Rave Sip Cup Eksklusif

Selain menikmati pelbagai aktiviti sepanjang festival, pengunjung juga berpeluang membawa pulang cenderamata istimewa menerusi pembelian produk Julie’s.

Mereka yang membeli mana-mana empat pek biskut Julie’s Crackers di acara tersebut akan menerima sebuah Crackers Rave Sip Cup eksklusif, selagi stok masih ada.

Lebih menarik, cawan tersebut turut memberikan diskaun 10% untuk pembelian di mana-mana gerai The Market apabila ditunjukkan kepada peniaga yang mengambil bahagian.

Bagi yang ingin mendapatkan rangkaian penuh Julie’s Crackers, produk berkenaan boleh didapati di pasar raya dan kedai runcit berhampiran atau menerusi kedai rasmi Julie’s di Shopee dan Lazada.

Untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai promosi, peraduan dan aktiviti jenama itu, orang ramai boleh melayari laman web rasmi Julie’s di [SINI] atau mengikuti akaun Facebook dan Instagram Julie’s.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved