
Jumaat Timang Cahaya Mata, Sabtu Wanita Ini Diuji Pemergian Bapa
Tiada siapa yang dapat menduga takdir Allah SWT. Sebagai manusia biasa, kita juga akan sentiasa diuji selagi nyawa masih dikandung badan.
Allah boleh mengurniakan sesuatu dan Allah juga boleh mengambil sesuatu dari kita, semuanya ketentuan yang telah ditetapkan olehNya.
Allah hadirkan seorang, kita kena pulangkan seorang
Baru-baru ini seorang pengguna TikTok, @abby.sha_, berkongsi momen kelahiran cahaya matanya pada 6 Mac lalu.

Namun, sehari selepas itu iaitu pada 7 Mac, dia diuji dengan pemergian bapanya.


"Betullah orang cakap, bila Allah hadirkan sorang, kita kena pulangkan sorang. Masa saya nak dekat beranak memang saya takut, saya takut orang terdekat saya tinggalkan saya," katanya.
Perkongsian itu menarik perhatian ramai, malah ada juga yang berkongsi pengalaman hampir sama.
"Sama, mak saya meninggal 9 Oktober, saya bersalin pun 9 Oktober. Mak kat wad kecemasan, saya dekat wad bersalin"
"Sama macam saya, suami meninggal 9 Mei, seminggu lepas itu dapat tahu mengandung selepas enam tahun TTC"
"Adik saya tengah laluinya sekarang, sehari sebelum puasa ayah mertuanya meninggal. Semalam 17 Ramadan suaminya meninggal. Bulan 6 ni dia bersalin"
Semoga arwah bapanya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

