Seperti yang sedia maklum, Malaysia sedang berada dalam fasa yang cukup unik dimana banyak syarikat teknologi mahu melakukan pelaburan untuk membina pusat data di negara kita. Dalam pada itu, angka import komponen-komponen teknologi ini, khususnya cip pemprosesan dan kad grafik juga dilihat semakin meningkat.
Menurut Taiwan International Trade Association, jumlah import komponen kad grafik, khususnya untuk tujuan AI telah memperlihatkan angka yang cukup menakjubkan. Pada bulan Januari tahun ini, iaitu sebanyak $1.12 bilion, iaitu peningkatan 700 peratus dari tahun sebelumnya, manakala pada bulan April tahun ini, angka tersebut meningkat ke $2.74 bilion, iaitu peningkatan 3400 peratus dari tahun ke tahun.
Nvidia AI Chip Shipments to Malaysia Break New Record: Nearly $3 Billion Worth of GPUs in April
Last month, I shared how—despite U.S. warnings to Malaysia and requests to monitor chip imports and smuggling—the country has been breaking records like never before. Nearly $2… pic.twitter.com/eFVM4K2cnn
Kakashiii111 di X/Twitter telah berkongsi laporan tersebut, dan memberi analisa ringkas tentang laporan tersebut, dan bagaimana ia telah meningkat secara meningkat dari tahun ke tahun, dan kemungkinan bahawa kerajaan Amerika Syarikat akan cuba untuk menyemak dan mengaudit penghantaran komponen GPU AI mereka.
Secara ringkasnya, dalam empat bulan tahun ini sahaja (Januari-April 2025), sebanyak $6.45 bilion kad grafik AI telah diimport ke Malaysia, menjadikan jumlah ini lebih tinggi daripada keseluruhan tahun 2024. Seperti yang dikatakan sebelum ini, Malaysia kini berada di kedudukan yang cukup unik dimana negara kita merupakan rakan dagangan dua pasaran AI gergasi.
Dalam pada itu, Malaysia juga mempunya impian untuk menjadi hab pusat data di rantau Asia Tenggara, disamping sudahpun menjadi pusat perdagangan syarikat-syarikat yang menghantar komponen dari satu negara ke negara yang lain.

Amerika Syarikat akan mengenakan sekatan yang lebih ketat keatas eksport kad grafik AI bermula bulan ini, dan Malaysia juga telah diminta untuk memastikan bahawa kad-kad grafik yang dihantar ke pasaran kita tidak dijual atau dihantar ke China disebabkan sekatan perdagangan ini.
Sebelum ini, terdapat beberapa rakyat Singapura yang telahpun ditahan oleh kerajaan Singapura kerana memintas sekatan eksport yang dikenakan keatas China melalui Malaysia. Dengan sekatan terbaru yang akan diaktifkan dalam beberapa hari lagi, nilai import yang tinggi ini dilihat sebagai sebahagian cara untuk memastikan pesanan komponen dari syarikat-syarikat seperti NVIDIA sempat dihantar ke pasaran-pasaran yang disekat.


