NVIDIA Dilaporkan Sedang Membangunkan Kad Grafik GeForce RTX 5080 Super Dan RTX 5070 Super Dengan Memori Lebih Banyak

TechnologyDigital
29 Apr 2025 • 11:42 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

NVIDIA baru sahaja melancarkan siri kad grafik terbaru mereka, NVIDIA GeForce RTX 5000 pada awal tahun ini, yang kini terdiri daripada kad-kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5090 sehinggalah GeForce RTX 5060 baru-baru ini.

image is not available

Terkini, terdapat tirisan maklumat yang dilaporkan bahawa NVIDIA sudahpun berada dalam proses untuk membangunkan dua buah kad grafik baru dalam siri “Super” mereka, iaitu NVIDIA GeForce RTX 5080 Super dan NVIDIA GeForce RTX 5070 Super.

Melalui tirisan maklumat yang diperlihatkan, kedua-dua kad grafik ini akan sekurang-kurangnya memperlihatkan naiktaraf dari segi penggunaan memori. Dimana model RTX 5080 asal hadir dengan 16GB memori GDDR7, model RTX 5080 Super akan tampil dengan sebanyak 24GB memori, sama seperti apa yang ditawarkan pada kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5090 untuk komputer riba.

image is not available

NVIDIA RTX 5070 yang mempunyai 12GB memori GDDR7 sebelum ini nampaknya akan hadir dengan 18GB memori GDDR7, 2GB berbanding dengan NVIDIA GeForce RTX 5070 Ti, yang mungkin akan hadir dengan model Super juga, tetapi tidak diketahui lagi buat masa ini.

Ia dijangka bahawa kad-kad grafik RTX 5000 Super ini akan diperkenalkan sama ada pada penghujung tahun ini, ataupun sewaktu acara CES 2026 pada awal Januari tahun hadapan.